Selasa, 12 Jun 2012

Bengkel Ukiran Buah Buahan




Bengkel Ukiran Buah Buahan

Di dalam bengkel makeup makeover saya menerangkan kepada semua peserta, di dalam industri perkahwinan terdapat banyak cabang & bidang yang boleh diterokai. Antaranya, peserta boleh mempelajari Ukiran Buah Buahan. Dan ramai di antara mereka menganggap ukiran buah buahan ini mudah. Tetapi, sebagai langkah permulaan, peserta perlu berlatih mengukir pada buah buahan yang jenis 'lembut' seperti Betik, Seterusnya pada buahan kecil & sayuran seperti timun, lobak, kentang dll. Apabila jejari sudah mahir mengukir pada buah buahan lembut baru beralih kepada semi-pro iaitu buah yang keras seperti Tembikai.

Azlia Seni Rias & Andaman (ASRA) menjemput orang ramai untuk menyertai bengkel Ukiran Buah Buahan ini. Maklumat lanjut seperti dibawah :

Tajuk Bengkel  : BENGKEL ASAS UKIRAN BUAH BUAHAN TAHAP 1
Jenis Buah : 2 Biji Buah Betik - 2 corak Bunga
Tarikh : 1hb July 2012
Masa  : 10.00 pagi - 3 ptg
Tempat : Bandar Rinching, Semenyih
Yuran : RM100 termasuk 2 biji Buah Betik + 3 bilah Pisau Khas Untuk Mengukir
Deposit : RM30

Sekiranya berminat sila PM ke dalam inbox FB Azlia Lia Yakob atau hubungi Puan Azlia 013-2200618. Bengkel ini dikendalikan oleh seorang chef yang berpengalaman dan juga merupakan tenaga pengajar kulinary.



Jenis Jenis Buah & Sayuran yang boleh diukir :-

  • Buah Betik
  • Buah Limau
  • Buah Apple
  • Buah Tembikai
  • Carrot
  • Timun



Tiada ulasan:

Catat Ulasan